Diploma semakin hampir ditamatkan. Lagi lebih kurang sebulan saya dan yang lain akan habiskan diploma di sini sebagai pelajar Multimedia. Dua ribu sepuluh. Dan 5 Februari adalah penamat. Sebagai pelajar yang hampir tamatkan diplomanya, saya telahpun mempunyai satu cita-cita untuk dilaksanakan, insyaAllah dalam satu atau dua tahun lagi. Atau mungkin tiga, empat dan lima tahun lagi.
Dan saya ada inspirasi. Inspirasi untuk mencapai cita-cita tersebut.
DILOZ O' BLOG DE. Blog ini jadi inspirasi. Penulis blog ini adalah inspirasi. Inspirasi kepada cita-cita saya. Tapi cita-cita apa yang dimaksudkan biarlah dirahsia. Mungkin ada yang tahu. Mungkin juga penulis blog dapat hint, apa yang membuatkan saya rasa inspirasi itu daripada beliau. Diharap dapat menyimpan rahsia saya. Sebab malu kalau cita-cita saya tak kesampaian (Tsk tsk dan sob sob T_T)
Kelakarnya, sudah beberapa bulan saya ikuti blog ini dan jadikan beliau sebagai inspirasi, saya tidak tahu siapa beliau. Lelaki atau perempuan? Emelnya nama lelaki. Gambarnya gambar perempuan. Mungkin beliau lelaki, dan letakkan gambar gf-nya. Mungkin beliau perempuan, dan gunakan nama bf-nya sebagai emel. Nak bertanya, alahai semacam segan. Sebab yang saya perasan, beliau tak pernah nyatakan mana satu beliau dalam gambar-gambar yang dipos (kalau tak silap lah). HAHA. Tak apa. Tetap beliau jadi inspirasi saya. Titik dua bertindih, tutup kurungan.
Sekian.
Roselyn kata,
Ok. Saya terkejut sampai terpelanting ke blok M.
Sekian.
Roselyn kata,
"YTM dah tukar syarat-syarat dalam perjanjian. Lepas diploma, scholar tak boleh sambung degree! Kena kerja dengan Telekom 5 tahun dulu, baru boleh sambung belajar!!!!!!!!!"
Ok. Saya terkejut sampai terpelanting ke blok M.

















15 comment(s):
harlo. part last sklai yang kelaka . haha :D
kene keje ngn tm. haha cool. ape. :DD
@8737545320897017084.0
Serius-li terpelanting ke blog M. Tapi lagi dasyat terpelanting ke blok A bila nampak Lan Gonjeng melintas depan saya dengan specs hitam dia.
syu xnmpk lagi wanie terpelanting sampai kedai olan smbil cover duduk sambil order nasi goreng ikan masin
bila nampak Maznah Gorgeous lalu smbil wat trademark dia.
Mazznahhhh Gorgeoussssssss!!!!
@7594087790926396159.0
Kalau Wanie peminat setia Maznah Gojes, cuba buat trademark dia? Hanya peminat yg betul2 minat dia je yang tahu semua pasal dia. Ni eja nama Maznah Gojes pun salah. Maznah dia tak suka eja Gorgeous, dia suka eja Gojes.
hello .awek lan gonjeng berkata disini.go go for ur cita cita. uhhh!! maznah gojez. hello! talk to the hand if u want flirt with my bf,. awwww!!
bia betul kene kerja dengan tm???wow.best tu.ahah
@1196562764978957847.0
HAHAHA. Kelakar gf Lan Gonjeng. Eh lepas taip AF LAN GONJ hantar ke apa nombor eh? Lupa.
@1341113819349622510.0
Betul tu our stori mori *_*
Kena kerja dengan TM 5 tahun baru boleh degree. Gila. 5 tahun T_T
kalu xnk keje pon bley gak...
(ops~..sory nyebok...ngee3..)
tp dgn SYARAT!!!
.......
syarat2nyer~~....
jeng3....
kne bayar(segedebush!!) skali harung jumlah biasiswa terkebut..ops~..tersebut...
sekian....
ops lpe plak....
assalamu'alaikum...
@6016570131977573493.0
HAHAHA. Yup itu sudah pasti. Kalau kaya-raya takpelah juge. Tak sanggup kena bayar sebab tu risau kena kerja 5 tahunnnnnn. Menyedihkan betul. Takpe nanti mahu tanya semula dengan YTM.
@5855669833059357880.0
Oh ye. Waalaikummussalam :)
nud kate; wow! 5tahun? lame lame, sampai ati TM
eh jap eh, blok M yg mane ha, lupe da kedudukan koordinat kolej
@1495413941558948253.0
HAHAHA. Blok M pun anda sudah tidak ingat. Ye, itulah nasib saya.
psssstt..he's a guy hihihihi
Post a Comment