Menderu
Minda berlari-lari ligat
Memaksa otak untuk berdenyut
Jasad telah terdampar
Ketika nafas masih bertarungan
Jiwa ini, perlu istirehat
Tetapi kudrat, memerlukan
Aku lemah jasad,
Mohon tidak jiwaku..."
— "Lemah", Ogos 2016
Blog ini tidak statis. Karna corak penulisannya berubah-ubah mengikut cuaca hati penulis. Adakala hujan, maka tulisannya puitis sedikit. Adakala bersalji, maka ditulis dalam bahasa penjajah. Atau adakala liputan kaji cuacanya mengalami gangguan, makanya corak penulisan berkecamuk.
Ini adalah ruang yang mana kau bakal menemukan sisi aku yang satu lagi. Dan aku anggapkan penulisan aku di ruang ini boleh dianggapkan sebagai surat-surat lama daripada aku di masa lampau, untuk kalian di masa hadapan, untuk kalian bacakan ketika aku sudah pergi nanti. Nanti.
Justeru, baca aku.
(This blog is formerly known as 'Baca Aku')
Syu / Syuhada Zulkifli / 26 / JB-KL / Assistant Programmer / Bachelor in Computer Science (Graphic & Multimedia Software) / Crafter / Freelance Graphic Designer / Doodler / Blogger
Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.