Archive for Disember 2017

Suapan Instagram sudah dikemaskini

Posting ringkas:
Suapan Instagram pada halaman ini: KLIK, sudah dikemaskini.
Terbahagi kepada empat bahagian - People | Places | Good Food | Random
Sebelum ini juga sama.

P.S Bakal menambah satu lagi pautan untuk koleksi gambar artwork. Bila aku rajin.

Sekian.
Leave comment

Menjadi manusia seni adalah seni

Menjadi manusia seni adalah menjadi manusia yang kuat berkhayal. Sedangkan melihat kipas berputar pun mampu membawa seseorang itu berdiri sampai ke bintang kosmik. Menjadi manusia seni adalah seperti seorang Razaisyam. Yang karyanya dijiwakan oleh hanya manusia-manusia berjiwa besar. Dan ditonton hanya oleh manusia-manusia yang faham seni dan suka berkhayal. Menjadi manusia seni adalah seperti menjadi Amerul Affendi. Basic, rare, dan sesuatu. Menjadi manusia seni adalah bukan pilihan. Menjadi manusia seni adalah menjadi manusia yang memahami seni. Dan seni itu tidak pernah tepat. Definasinya tidak bersifat malar. Ia berubah-ubah. 


Seni adalah sebuah kesunyian di dalam sebuah kebingitan. Seni adalah ketabrakan warna jingga dan biru yang melambai sang kekasih bernama senja. Seni adalah tumpahan kopi panas pada manuskrip penulis yang kecelaruan plot cerita. Seni adalah sekeping gambar yang tidak semestinya mengamalkan Rule of Thirds. Ada masa kita tidak berbicara tentang titik persilangan, tentang betapa linearnya objek kenampakan dan apakah ingin meletakkan horizon duduk di bawah atau di atas? Seni adalah buku-buku yang disusun tidak simetri dan tidak berjujukan tepat di atas rak besi buruk. Atau kalau tidak bernasib baik, mungkin ada buku-buku yang di celahan sofa kulit usang yang terkoyak dibucunya. Seni adalah kemalasan seorang manusia seni untuk berseni. Seni adalah sesuatu yang ajaibnya muncul ketika kau sedang berbaring di parquet rumahmu. Seni adalah menghargai sebuah penghargaan yang dihargai manusia tidak terharga nilainya. Seni adalah serakan bahasa yang sampai tetapi tidak sampai. 

Seni itu... tidak mudah. 
Dan tidak pernah tepat. 

Lalu, soalanku, apakah erti seni bagimu?


28 Disember 2017
Rumah kecil
Leave comment

Bagaimana Cara Menikmati Hari Libur - Bahagian 2

Menonton filem-filem romantik-cinta-komedi yang majoritinya dilakonkan oleh Anne Hathaway. Jarang-jarang berlaku mood seperti ini muncul kerana rata-ratanya aku lebih memilih filem-filem aksi. Oh ya, dan sambil mengetuk-ngetuk air Nescafe Latte yang dibekukan di dalam jug air dengan menggunakan sudu lalu terus disuap di mulut sebagai pengganti popcorn ketika menonton filem. Sementara menunggu bekalan air rumah disambungkan (nota: belum mandi dari pagi).

Pengakhiran yang indah.
Sekian.

(Nay... baru tengok filem romantik separuh jalan, dah tukar tengok Dunkirk heheh)


28 Disember 2017
Rumah kecil
Leave comment

Cari

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.