Archive for September 2012

Yang tidak berbalas

Nota pra-baca : Kesinambungan cerita dari sini.

---

Ketap bibir. Jantung bergerak yang tidak pernah pegun. Jemari gadis berkemeja biru air itu menujah-nujah papan kekunci sentuh telefon pintar miliknya. Sambil selendang biru bercorak sedondon ronanya dengan kemeja yang dipakai itu sesekali teralun lembut mengikut hembus angin dari celah pepohon tua di sekelilingnya. Masih menaip. Padam. Menaip semula. Padam. Dia tarik nafas sedalam-dalam, dan hembus sekuat-kuat, seberat-berat yang ibarat ada beban menghempap rongga nafasnya.

Gadis tadi, menaip kembali sebutir-sebutir aksara. 'Get well soon.' Ringkas. Dan segera menekan butang 'Send'. Dia menunggu penuh debar. Selang seminit dua kemudian, pesanannya dibalas juga sama ringkas. Bahkan lebih ringkas. 'Hopefully...'

Entah diakibatkan oleh apa, jantung dia tidak semakin surut rancak degupannya. Bahkan semakin deras yang kalau ada sesiapa berdiri di sisi dia, pasti orang itu dapat mendengar bunyi degup jantung gadis itu tadi.  Dibawa tangan kanannya menyapa dada dengan harapan degupan deras jantung itu boleh diperlahankan. Hatinya seolah tidak selesa untuk berbuat tidak tahu. Untuk berbuat tidak ambil peduli. Dan itu mendorong dia menaip sekali lagi satu pesanan. 'Haih, kenapa entah aku tak sedap hati. Harap kau ok je.' Hantar. Dan dibalas. Kali ni, dia cuba memberanikan dirinya untuk luahkan rindu kepada si penerima. Sebab bagi dia, dia tak punya cukup masa lain untuk luahkan rindu yang dia peruk dalam hati saban hari. Jadi dia menaip, ucap rindu. 

Namun, kali ini, tangannya menggigil, ibu jarinya terketar-ketar tatkala jarak ibu jarinya kurang sesentimeter daripada butang kekunci bertulis 'Send' itu. Sejuk dan pucat lesi tangannya. Lama dia berkeadaan begitu. 'Ah, kalau aku tak cakap sekarang, bila lagi? Sebab aku tak tahu lama mana lagi masa yang Allah pinjamkan untuk aku terus ada kesempatan ni... kesempatan untuk luah rindu aku kat dia,' getus si gadis di dalam hati. Lantas ditekannya butang 'send' dengan segera dan menunggu lagi.

Tiada.

Tiada bunyi pesanan masuk.
Tiada bunyi fon berdering.
Tiada balasan.

Tiada.


---

Cerpen pendek :
Kehadapan Dia
Babak 2 (dari konteks si penulis/orang ketiga)
Oleh saya

Nota :
Untuk yang tertanya-tanya (sekiranya ada), adakah cerpen ini berkisarkan perihal hidup si penulis (iaitu aku), jawapannya, bukan. Adakah cerita ini berkait dengan orang sekeliling si penulis, jawapannya, masih bukan. Adakah penulis sendiri pernah alami situasi seperti yang diceritakan, jawapannya, tetap bukan. Adakah ini rekaan semata-mata, jawapannya ya!

Aku menulis ini adalah rekaan semata tetapi berdasarkan drama yang pernah aku tonton. Namun, isinya diolah kepada lebih dihiperbolakan. Aku perdekatkan watak si gadis kepada aku, supaya lebih mudah diekspres.



Posted in | Leave comment

Seribu tahun


Pantas degupan jantung
Warna dan janji-janji
Bagaimana untuk menjadi berani
Bagaimana untuk aku mencintai apabila aku takut untuk jatuh
Tetapi melihat engkau berdiri sendiri
Semua keraguan aku tiba-tiba hilang entah bagaimana
Satu langkah semakin dekat

Aku telah mati menunggu seharian untuk engkau
Sayang, jangan takut aku mencintai engkau
Selama seribu tahun
Aku cintakan engkau untuk lebih seribu

Masa berdiri pegun
Kecantikan di semua dia
Aku akan berani
Aku tidak akan membiarkan apa-apa mengambil
Apa yang berdiri di depan aku
Setiap nafas
Setiap jam telah datang kepada ini
Satu langkah semakin dekat

Aku telah mati menunggu seharian untuk engkau
Sayang, jangan takut aku mencintai engkau
Selama seribu tahun
Aku cintakan engkau untuk lebih seribu

Dan semua bersama-sama aku percaya aku akan menemui engkau
Masa telah membawa hati engkau kepada aku
Aku mencintai engkau untuk seribu tahun
Aku cintakan engkau untuk lebih seribu

Satu langkah semakin dekat
Satu langkah semakin dekat


Aku telah mati menunggu seharian untuk engkau
Sayang, jangan takut aku mencintai engkau
Selama seribu tahun
Aku cintakan engkau untuk lebih seribu



Dan semua bersama-sama aku percaya aku akan menemui engkau
Masa telah membawa hati engkau kepada aku
Aku mencintai engkau untuk seribu tahun
Aku cintakan engkau untuk lebih seribu


---


Seribu tahun
Keristina Peri





Leave comment

Kodeksku yang kompleks

Sungguhpun aku cuba elak untuk terus bermurung, aku tetap terpaksa lalui. Kerana hari-hari mendatang seperti yang aku lalui sekarang, bukan mudah untuk aku bahagia yang cukup ikhlas. Lebih-lebih lagi masa yang aku rasakan kini semakin laju bergerak.

Puas aku renung angka minit pada jam di sisi kanan skrin monitor ini. Lambat geraknya. Tetapi entah sebabkan apa, aku terasa seperti segalanya meligan halilintar, seolah segera mahu tinggalkan aku terperuk di ruang kompleks ini sendirian. Sukar aku tafsir apa aku rasa.

Sesekali aku alih pandang ke sisi yang lebih cerah. Ke tingkap luas yang membolosi ke tingkap yang satu lagi itu. Debar yang semakin kuat. "Jangan pergi...", bisik hati aku kepada entah siapa. "Jangan pergi...", sekaligus raut wajah berubah kepada lebih tidak bahagia.

Aku tahu, situasi murung sebegini bukanlah yang baik untuk aku kekal di satu titik posisi. Dan kerana itu, aku cuba peruk dan sorok segala murung. Supaya tiada yang terpandang. Aku paksa kepilkan senyum sumbing aku ini kepada mereka.

Laluan yang aku sering singgah saban hari itu, semakin pudar warna daun-daun hijaunya. Batu-bata di lorong pejalan kaki itu juga semakin retak-retak kondisinya. Nuansa sekelilingnya juga, deru anginnya juga, semakin pudar, sayu, sekaligus sama aku yang sedang melangkah melaluinya. Namun, seminit setelah tiba di hujung jalan, bila aku toleh kembali ke sekeliling yang baru aku rentas tadi, kembali pulih. Semua daun-daun pokok, batu bata di lorong pejalan kaki, nuansa sekeliling dan deru angin di ruang itu, kembali pulih menyegar seperti kebiasaan.

Bingung.

Terus aku melangkah kehadapan seperti yang aku perlu.

***

Si gadis mengakhiri nota diarinya yang entah untuk dibaca siapa itu dengan penuh bingung. Lalu dia menutup diarinya, disisip rapi di balik susunan buku-buku yang lain.

Syifaa, gadis yang mudah tetapi kompleks.


---

Cerpen pendek :
Kehadapan Dia
Babak 1 (dari konteks si gadis)
Oleh saya


Posted in | 1 Comment(s)

Cari

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.