Untold & Unsure

Sakit. Bila kau percaya yang semuanya sedang berjalan seperti yang kau percaya. Tapi sebenarnya tidak.

Kau kini sedang berjudi. Dan di sebuah meja judi itu kau telah pertaruhkan hati kau sendiri sebagai cagaran. Yang mana kalau kau menang pada malam judi ini, kau bukan hanya bakal peroleh hati kau semula tetapi sekalian yang layak punya kau. Sekalian yang kau bermati-matian kau hendakkan. Namun, sekiranya nasib tidak menyebelahi kau pada malam ini, kau bakal hilang hati kau, yang satu-satunya punya kau. Yang tanpa hati, kau mati. Tapi kau degilkan.

Maka kau cabut hati kau, dan kau letak di atas meja judi itu. Berdarah-darah dan berdenyut-denyut lemas. Kau teruskan permainan.

Hati yang kau cabutkan tadi semakin lemas. Sedangkan di sepertiga malam itu perjudian kau masih samar-samar, tidak kelihatan tanda-tanda kau bakal menang. Kau takut, tapi masih kau degilkan demi sesuatu yang kau hendakkan.

Macau, April 2014

Dunia berputar. Kalau dahulu, pernah aku catitkan di buku puisi aku tentang sahabat aku yang sedang lagi perjudi masa hadapannya. "Di desir masa yang diperjudi..." Baris kata ini sangat dalam bagi aku. Bahkan tidak terungkapkan oleh mereka-mereka yang tidak pernah mampu mengerti. Baris ini bermaksud, "kau mempertaruhkan masa hadapan kau kepada sesuatu yang amat tipis harapannya." Dan kini, aku pula yang sedang memperjudikan hati aku, dan juga masa hadapan aku. Kepada sesuatu yang tidak terungkapkan dan tidak dipastikan. Untold, and unsure.

Doakan aku bakal menang di gelanggang perjudian kali ini. Terima kasih.


"Untold & Unsure"
November 2015


Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Cari

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.