Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan

Aku telah dilamar

Begini rupanya sebuah rasa apabila dilamar oleh dua pihak berbeza. Keinginan dan keutamaan telah menjadi sesuatu kekeliruan. Adakah keinginan untuk memihak yang lebih rapat itu bakal memberi markah bonus terhadap penilaian yang sedang berteka-teki? Atau, adakah keutamaan yang ada pada pihak yang satu lagi telah berjaya mengambil hati? Untuk tidak menjadi lalang yang mudah tunduk ke mana pun angin meniup, aku memberi ruang pada diri untuk berfikir.

Hampir 2 bulan. Sehingga sudah tidak tahu apa lagi yang perlu difikirkan. Dan jawapan masih tidak ada. Maka, aku berbuat keputusan supaya kedua-dua pihak berusaha mengikut cara masing-masing. Perhitungan yang ingin dibuat dalam memilih antara satu menjadi semakin kompleks apabila kedua-dua pihak sedang berada di par yang sama. Kedua-kedua mereka berusaha sepantas yang mungkin menginginkan aku untuk bersetuju ke atas lamaran masing-masing.

(Bersambung...)


23 November 2017
Kantor
Posted in | Leave comment

Aku dan Bintang (2005)

Sejak kebelakangan ni, secara tiba-tiba, segala memori lama zaman persekolahan aku muncul satu demi satu. Di kebanyakan masanya aku cuba elak untuk ingat, makin pula seolah didesak-desak memaksa aku mengimbau setiapnya. Bermula dengan gelagat nakal aku dan teman-teman yang pada ketika itu sering menjadi buruan warden dan pengawas disiplin, seludup telefon bimbit dan pemain musik radio jenama Palito, ponteng kelas petang, menyusup keluar dari asrama jam dua pagi melalui lubang pagar rosak, melepak duduk dekat tangga dengan Amalina sambil menghadap tangki air asrama tanpa tujuan, terbongkang atas meja batu dekat depan bilik warden jam empat pagi sambil menghadap bintang-bintang menjadi saksi gosip-gosip dan perbualan mengarut aku dengan kawan seasrama, latihan kawad di tengah-tengah malam beberapa hari sebelum pertandingan kawad peringkat negeri, sehinggalah insiden-insiden curi-curi masuk kelas budak tingkatan tiga semata-mata untuk kepilkan lirik-lirik lagu Peterpan dan kertas jawapan Matematik ke meja sekolah itu.

Segalanya seolah masih baru semalam.
Hakikatnya sudah 10 tahun aku meninggalkan yang manis-manis dan yang pahit-pahit kelmarin.
Bersama mata yang aku pejam tidak mahu toleh ke belakang kembali.

Ternyata semuanya sudah berubah. Aku, bukan aku yang dahulu lagi. Aku bukan lagi sahabat baik Amalina yang melepak duduk dekat tangga dengan Amalina sambil menghadap tangki air asrama tanpa tujuan, bukan adik tingkatan dua yang semangat latihan kawad di tengah-tengah malam beberapa hari sebelum pertandingan kawad peringkat negeri, aku bukanlah dahulunya budak tingkatan tiga yang terbongkang atas meja batu dekat depan bilik warden jam empat pagi sambil menghadap bintang-bintang, aku bukan lagi pelajar tingkatan empat yang rebel yang sering menjadi buruan warden dan pengawas disiplin, seludup telefon bimbit dan pemain musik radio jenama Palito, ponteng kelas petang, menyusup keluar dari asrama jam dua pagi melalui lubang pagar rosak... dan aku juga bukan lagi kakak senior yang curi-curi masuk kelas adik tingkatan tiga semata-mata untuk kepilkan lirik-lirik lagu Peterpan dan kertas jawapan Matematik ke meja sekolah itu.

Jelaslah seluruhnya telah berubah. Namun tidak memori-memori yang aku nyatakan tadi.

Buktinya, setiap satu-satu babak, watak-watak, dan jalan cerita kelmarin dengan mereka-mereka aku tidak pernah lupa. Aku ambil yang manis-manis untuk aku simpan di dalam poket hati aku. Untuk kenang-kenang di usai tua. Dan yang pahit-pahit, aku buang dan dijadikan teladan membina diri aku yang telah aku bina sehingga hari ini.

Aku telah menjadi Syuhada yang punya misi hidup cukup luas, kompak, jelas. Aku ternyata semakin kuat. Walaupun hakikatnya aku sendiri tahu yang lagu-lagu lama Peterpan itu mampu membuat air mata aku sedikit-sedikit jatuh bila muncul rasa rindu. Rindu... adik tingkatan tiga, serta lirik-lirik lagu Peterpan itu.

Dan rasakan semua bintang, memanggil tawamu terbang ke atas. Tinggalkan semua, hanya kita dan bintang...”   
– Aku dan Bintang, Peterpan (2005)


September 2015
Rumah kecil di Kuala Lumpur


Posted in | Leave comment

Wishlist Ulangtahun Ke-25

Menyambut ulangtahun ke-28 dengan bersolat hajat dan membaca doa selamat pada jam 12 tengah malam bersama suami. Usai selesai, dihadiahkan ciuman di dahi, di tangan, dan dibisik ke telinga "Saya sayang isteri saya... Selamat Hari Lahir," dan dia senyum. Dan aku senyum.

“Selamat hari lahir, Syuhada di masa lampau. Sebab kau, aku jadi diri aku yang sekarang :')” —  Syuhada, 2015


15 Jun 2015
Rumah flat dua bilik
*Masih tertanya pada Allah, siapakah bakal suami aku...

Posted in , | Leave comment

H.A - PENGISI UNTUK YANG PERLU DIINSPIRASI

Setelah 51 hari blog ini aku biarkan tidak diusik, aku menaip hari ini diinspirasi oleh seseorang yang cukup menginspirasi. H.A - pengisi untuk yang perlu diinspirasi, seperti aku. Soalnya, dia jujur dibait-bait yang jarinya menaip. Tidak gagal dalam menyusun yang baik-baik untuk dilihat baik-baik. Tidak jemu dalam menterjemah yang pahit-pahit untuk dilihat baik-baik juga. Jatuh, bangun, tersungkur semula, bangkit lagi. Tapi sakit. Tapi tidak dia tidak punya harap yang baik-baik untuk yang sakit-sakit tadi.

Daripada yang ada dia di dunia diperkecil-kecil kepada lahir kembali dia di mata keliling semua orang dengan dia yang semakin matang dan semakin berjaya. Aku kagum. Dan aku terlihat akan aku di posisi dia yang sama. Kerana aku juga pernah alami momen-momen sama seperti dia. Yang jatuh bangun itu pahit tetapi manis diusainya.

Pernah disuatu masa yang saat adik aku lagi mahu berputus asa, maka ada aku di dekat dia untuk mengatakan, "Jangan," kepadanya. "Jangan pernah berputus asa. Kakak paling tidak suka kalau adik mahu putus asa. Maka, jalan terus." 

Jalan terus. Kerana kalau yang kau pilih itu kau telah pilih dengan sedar. Kalau kau tahu kau bakal menjadi siapa yang kau bayangkan kau akan jadi. Maka, kenapa perlu kau berhenti?

Blogpost ini aku tujukan khas buat Hafreez Adam


PS - H.A, terima kasih kerana menjadi orang yang percaya bahawa 'jangan berputus asa' itu layak menjadi cogan kata anak muda seperti kita-kita :-)


Posted in , | Leave comment

Be more positive, and smile

That's all I need.

Rasanya dah tiba masa aku sambung menulis dalam blog ni lagi, macam dulu. Bezanya, aku perlu kurangkan atau elakkan semua blogpost berunsur negatif. Hahaha. Sebab recently post semuanya yang sedih-sedih yang macam kononnya tak pernah ada ruang untuk senyum lagi dah.

*tepis-tepis unsur-unsur negatif*

I know I can do it.

:-)
Posted in | Leave comment

Blogpost untuk Ramadhan.


Semua orang bertalu-talu ucapkan - Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Marhaban Ya Ramadhan, Selamat Berpuasa, et cetera, et cetera, et cetera. Hari ni dah pun masuk Ramadhan ke-lapan.
  

Teringat zaman kecil bila Ramadhan, saya dengan abang suka curi makan kuih raya yang ibu buat tengah malam. Tidur dekat ruang tamu sama-sama. Lipat sweater - simpan sweater masing-masing bawah bantal untuk bila bangun sahur esok pagi, terus pakai sweater tu sebab sejuk :')

Betapa saya rindu dengan suasana berpuasa sebulan penuh sama-sama keluarga.


Salam Ramadhan Kareem.

Posted in , | 10 Comment(s)

Cari

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.