Memaparkan catatan dengan label PUISI KARUT. Papar semua catatan

“Kita Orang Baik-Baik,” Pesan Bunda

Aku bukan pelari tukar ganti yang
bersilih baton merebut tempat di hati orang-orang
Aku bukan kupu-kupu malam yang
suka berpesta di balik derita di sudut bilik sepi
dan sedih punya orang-orang
Aku bukan pendengki
pada segala pelangi yang memberi rona
pada langit orang-orang.

Bahkan untuk langit memacu pistol air
merembes rona-rona pelangi
juga tidak bisa, tidak termampu
Dan apa pula aku yang bukan siapa-siapa
tetapi manusia, manusia lemah
Apa pula untuk berbagi hati saja
sudah tidak berdaya.

Malah orang-orang itu
aku biarkan saja supaya bahagia
Kadang pernah juga
aku mahu melempar akrilik hitam
ke pelangi jingga mereka-mereka
tetapi bunda bilang,
“Jangan diberantak punya mereka-mereka,”
“Kita orang baik-baik,” pesan bunda.


Mei 2016 
Di dalam bas di Jelatek
Petikan puisi daripada blog Baca Aku



Posted in | Leave comment

Kak F yang Dibenci Manusia

Kehadapan Kak F yang dibenci manusia,
Berjuta yang mengheret kau ditali gantung fitnah
Berjuta yang menghempas kau dengan tohmahan tak sudah
Berjuta yang mengusung masa silam kau tak pernah lelah

Tapi kau bangkit

Diperkenalan aku dengan kau sejak 2008
Aku cukup masak dengan jatuh bangun kau
Dengan baik dan keji kau
Tapi apa perlu dikesah 
Karna jatuh bukan tidak bisa bangkit
Karna jatuh bukan tidak bisa pulih sakit

Lolongkanlah lewat hati
Lantakkanlah caci maki
Lemparkanlah jiwa mati
Jangan henti


“Kak F yang dibenci manusia”
3.53 am, November 2015
Bilik kecil
Posted in | Leave comment

Matahari Membenam

Dan dalam pada dia sedang meninggalkan,
Dia membahagiakan.

September 2013 
Port Dickson

Posted in | Leave comment

Biar

Biar yang sumbing itu
Berbaki satu lagi
Dari yang kau toreh
Makin pernampak isi
Basi...

Mei 2013
Setiawangsa
Posted in | Leave comment

Tangis di pegun masa

Nota pra-baca : Kesinambungan cerita dari sini, sini, sini, dan sini.

---

Menggula senyum ditempias di depan mata aku. Hari ini kita-kita cumanya satu. Bahagia. Berborak yang tak pernah surut gelak dan ketawa. Ketawa tanpa henti hingga sedar-sedar saja, kita sudah terjatuh mengguling di atas lantai disebabkan masih menyambung ketawa. Bahagia. Hal seremeh si Hanif yang tersasul ketika menyebut sebutir perkataan itupun boleh buat kita terkekeh-kekeh bagai gila. Bahagia. Tapi sekejap.

Enam puluh saat kemudian, kau pandang aku dengan menikam tajamnya. Raut wajah aku juga sekaligus ke arah lebih serius. "Kenapa?" tanya aku. Kau tunduk, lalu berpaling balik pada aku, kau kata, "Dah tiba masanya..." Terkebil aku sepertinya si anak kecil yang tidak faham bahasa asing yang dipetahkan guru Bahasa Inggerisnya. "Untuk apa?" Aku tanya. Diam. Diam lagi. Dan kau jawab, "Dah tiba masanya aku pergi..." sekaligus bayang kau lenyap usai kelip mata aku di detik tadi.

'Kringggggggg!' 'Aaaaa... bising!' Dicapai telefon bimbit pintarnya itu lalu si gadis segera menghentikan bunyi bising alarm clock yang sedari tadi cuba mengejutnya dari mimpi. 'Mimpi... mimpi lagi...' terkebil-kebil dia memandang kipas yang ligat berpusing. Dia duduk di sisi katil. Lalu seperti kebiasaan, dia tenung baju-baju kerjanya yang tergantung padat di dalam almari untuk lima belas minit. "Ala.... boringnya. Hari ni aku nak pakai baju yang mana?" bebel dia sendiri. Segera dia bingkas bangun dan mencapai kemeja berona merah jambu, selendang dan seluar. Dalam masa yang pantas, tepat jam 7.30 pagi dia sudah siap memperhias diri ala kadar saja untuk ke pejabat.

Sebaik si gadis melangkah melewati kawasan parkir itu untuk naik ke pejabatnya di tingkat tiga, matanya meraba-raba mencari sesuatu. Dia toleh ke kiri, tiada. Ke kanan, juga tiada. 'Hmm... cuti kot...' Dan menyambung langkah yang terhenti tadi. Kalau di pagi hari begini, hobi dia tak ada lain lagi kalau bukan mencari-cari kelibat kereta Ammar di kawasan parkir itu.

Harinya kali ini cuma biasa. Sedikit sibuk dengan kerja yang diberi oleh bos. Namun, dalam sibuk dia masih teringatkan mimpinya sebelum bangun tidur tadi. 'Kenapa aku mimpi macam tu? Lagi sekali?' getus hati dia. "Syifaa, boleh tolong hantarkan dokumen ni ke pejabat Puan Julia?" Terkejut dia disapa Kak Nadia yang entah dari mana munculnya. "Oh, boleh. Sekarang?" "Ya, sekarang. Terima kasih, Syifaa!" "Sama-sama."

Si gadis yang sangat disenangi dengan panggilan nama ringkasnya, Syifaa, melangkah dengan laju untuk ke pejabat Puan Julia. Dengan fikiran yang cuma kosong dikepala. Langkah dan melangkah. Secara yang tidak dia duga, matanya teralih pandang ke kelibat yang sedang berjalan menghala ke arahnya. 'Ammar!' Dia terpana. Tetapi sesuai sifatnya yang bijak menyorok gemuruh itu, dia berpura seperti tiada apa. Dan kali ini, mata mereka berdua terkunci untuk seketika. Cuma untuk kurang daripada sesaat. Disebabkan lelaki itu enggan memandang matanya lama. Ammar mengalih pandangnya segera ke hadapan dan terus melangkah.  Seolah tiada apa. Tanpa menyapa dan memberi senyum kepada si gadis yang lagi terpana itu.

Syifaa menghentikan langkahan. Dia menundukkan wajahnya ke bumi. Tanpa sedar, dokumen yang perlu diserahkan kepada Puan Julia tadi, sudah dirembes basah titisan air mata jernih miliknya. 'Tak ada senyum untuk aku dari dia hari ini?' Teresak-esak tangisnya dia di pegun masa dan posisi tadi.


---

Cerpen pendek :
Kehadapan Dia
Babak 5 (dari konteks si penulis/orang ketiga)
Oleh saya




Posted in , | Leave comment

Kenapa begini?

Nota pra-baca : Kesinambungan cerita dari sini, dan sini.

---

Sudah jam satu pagi. Si gadis ini mengiring badannya ke kiri dan ke kanan berulang kali. Matanya sudah lama lelap tetapi tidak mindanya. Lalu dia membuka kedua mata kembali merenung kipas yang ligat berpusing. ‘Apa yang aku sedang fikir?’ Dia mengomel sendiri. Entah mengapa malam itu dia tidak lena tidur. Mindanya tidak mahu bergerak selari dengan mata. Terkebil-kebil.

‘Dia...’ lontarnya perlahan diiring keluh yang sangat sarat dengan beban. ‘Kenapa dia tak reply mesej aku tadi?’ Kali ini pelbagai andaian sudah menapak di fikiran. Barangkali kawannya itu tidak pernah ada secalit suka pada dia. Dan apatah lagi untuk ada sayang. Tetapi bagaimana dengan manis yang diberi kelmarin? Manis yang tidak akan pernah dia lupa. Si gadis semakin tercalit murung di wajah. Dia berjanji dia akan ujar soalan-soalan yang menghenyak hati dan mindanya saban hari itu, jika dia punya kesempatan seminit dua bersama.

Dan dikeranakan mindanya yang berkeras untuk tidak mahu lelap sama mata yang semakin kuyu itu, tangannya mencapai telefon pintar yang diletakkan di sisi bantal, perlahan dia membuka aplikasi nota digital. Dan menaip ini,


***

Dan ada masanya yang aku keliru
Tentang yang aku rasa dalam hati
Sungguh hati aku
Tidak mampu untuk lupa
Sungguh pejam mata aku
Sering muncul dia
Sungguh dalam fikir aku
Tak pernah tak ada dia

Kenapa aku begini?

***

Lalu dia terlelap usai puisi karutnya selesai ditaip rambang dan disimpan.


---

Cerpen pendek :
Kehadapan Dia
Babak 3 (dari konteks si penulis/orang ketiga)
Oleh saya



Posted in , | Leave comment

Aku di jam satu enam minit pagi ini.

Lagi tentang rindu
Dan hati.
Apa lagi aku mampu
Cuma menyuap hati dengan itu,

Rindu

Pada siapa? Semua.

Mereka-mereka

Hati aku juga sudah semakin tua
Bukan komputer riba usang aku ini sahaja pandai bikin hal
Hati juga sama,

Brengsek

"Di jam satu enam minit pagi ini juga kau mula mengada-ngada..." kata hati kepada hati.

Diam...



Kosong.

Posted in | Leave comment

Lagi puisi karut.

Posted in | Leave comment

Mahuku apa pada hati?

Dan ditanya aku pada hati, 'Mahuku lagi apa padanya?'

Kasih? Wang? Bahagia?

Entah kerana apa, hati serba tak kena.
Entah kerana apa, hati serba tak senang.

Di penghujung setiap malam, pasti hati merajuk. Entah pada siapa.

Ingin dibebelkan rindu kepada yang mahu. Ingin dilemparkan keluh si buluh perindu. Ingin sebegitu rasanya aku pejam kuat mata ini dan sedari pabila terjaga itu, hanya ada cincin melamar hidupku.

Ah! Karut! Diam!

Hati perlu diam. Dan perlu ruang.

---

"Hati ini diseperdua mati."
11:59 PM
Isnin, 10 Oktober 2011
Posted in | Leave comment

Cari

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.