Archive for October 2015

Lagi Tentang Menghargai

Dalam hidup ini, terlampau banyak perkara-perkara yang boleh dihargai oleh kita-kita sebenarnya. Sebesar-besar perkara seperti momen bermakna tatkala adik sedang melangkah di atas pentas untuk menerima segulung ijazah di hari graduasinya, sehingga sekecil-kecil perkara seperti momen ketika memerhati gelagat anak kecil yang bersama neneknya setiap pagi menaiki bas yang sama dengan aku, yang mampu buat aku tersenyum.

“Alaaa, nenek ni.... Nak tekan loceng...” rungut anak kecil itu manja kepada neneknya yang sudah agak uzur susuk tubuhnya mendukung dia. Setiap pagi, kebiasaannya aku akan memilih untuk duduk di kerusi betul-betul di belakang kerusi nenek tadi dan cucunya di dalam bas. Cucunya aku anggarkan berumur dalam lingkungan 3 tahun. Kecil saja susuk badan anak kecil ini, tetapi sungguh petah berkata-kata.

Rutin mereka setiap pagi adalah menaiki bas untuk entah ke mana. Yang aku tahu, mereka akan turun di sebuah perhentian bas di sekitar Keramat AU2. Tidak pasti sama ada nenek ini mahu menghantar cucunya ke taska, atau apa. Tapi begitulah sehari-hari. Aku selesa duduk di belakang mereka memerhatikan gelagat si cucu dengan neneknya itu. Sepanjang perjalanan sebelum tiba di lokasi perhentian mereka, anak kecil itu akan banyak bercerita, menoleh jauh ke sekitar luar tingkap bas. Memerhati kenderaan, bangunan-bangunan, dan orang-orang. Pasti suara nyaring halusnya itu berbunyi tatkala ada sesuatu dari sisi pandangnya yang mencuit hati dia. Comel.

Ada masanya dia akan sesekali menoleh ke aku yang lagi duduk di belakang dia. Aku senyum. Dia toleh lagi. Mungkin mahu dapatkan kepastian yang senyum aku tadi adalah buat dia atau siapa. Maka, aku senyum lagi. Kali ini sambil mengangkat kening mengusik dia. Dia senyum pelik melihat kelagat aku. Dan dia sambung kembali berborak dengan neneknya.

Sehinggalah bas melewati kawasan perkilangan Texas Instruments, anak kecil tadi sudah tahu bahawa bas hampir tiba di perhentian yang bakal dia turuni. Dia mencari-cari butang loceng yang perlu dia tekan. Dengan ketinggian yang tidak seberapa itu, dia meraba-raba butang loceng, lalu ditekan. Tetapi malang, loceng tidak berbunyi dek kerana tangan halusnya tidak mampu menekan loceng itu sekuat yang perlu. Lalu, neneknya pula akan segera menekan loceng kerana sekiranya tidak, takut kalau-kalau bas tidak berhenti dan terus melepasi perhentian bas tersebut.

“Alaaa, nenek ni.... Nak tekan loceng...” Ulang-ulang kali dia melepaskan rungutannya dengan suara sehalus Upin Ipin. Neneknya hanya tersenyum dan mendukung dia menuruni tangga bas. Anak itu masih tidak henti merungut. Dan pastinya aku akan tersenyum kasihan. Alahai, anak kecil. Di pagi-pagi begini kau sudah mampu membuat aku gembira hanya dengan sekecil-kecil perkara. Bahkan dengan sekecil-kecil perkara ini lah yang buat aku yakin bahawa ada bermacam hal yang kita-kita patut hargai di setiap segala keadaan. Tidaklah kita perlu menunggu seseorang melamar hidup dengan sebentuk cincin baru kau mahu rasa dihargai. Janganlah hanya ketika si dia membelikan kau sejambak bunga baru kau mahu menghargai segala yang dibuat dia. Kerana menghargai dan dihargai itu tidak terhad kepada hanya sebesar-besar pengorbanan atau tingkah semata.

Aku, menghargai gelagat anak kecil dan neneknya ini. Menghargai setiap pagi yang aku lalui dengan momen manis begini. Menghargai segala macam perkara yang mampu buat aku senyum. Menghargai orang-orang di sekeliling aku tanpa mereka perlu berbuat apa. Menghargai adanya kita-kita untuk menghargai apa-apa.


Leave comment

Siapa Droplet Studio?

Mungkin ramai sebenarnya kawan-kawan dan orang sekeliling aku yang tak pernah tahu pun yang aku ada geng studio aku sendiri. Untuk pengetahuan, studio aku ni sudah pun didaftar sejak setahun lepas. So basically, we are not just an ordinary studio. Kami fokus kepada penghasilan kerja kreatif yang berkualiti. Dan studio kami terbahagi kepada tiga department Photography & Videography (lead by Fahme & Joe, the super talented duo yang sudah pun semakin dikenali ramai dalam field ni), Illustrations & Designs (lead by Iya, a very powerful illustrator & designer) & Craft Works (lead by me — Syu, a humble and passionate crafter (inshaaAllah)). Tapi buat masa ni kami belum ada physical studio lagi. Kami masih bergerak virtually.
WHO WE ARE
DROPLET is a creative studio based in Kuala Lumpur, Malaysia. We are creative, passionate, fun and fearless people who don't hesitate to break the codes to lend a fresh originality to your ideas. We truly love what we do and love working with clients who are as enthusiastic about their business as we are about design. 
WHY WE DO WHAT WE DO
It’s simple! We do what we do because we love doing it. We thrive on building lasting relationships while producing quality work for ambitious, open-minded clients who understand and value the creative process. We see our project as a journey in designing and our clients are our fellow travelers.  
DESIGN
At DROPLET we design our beautiful client experiences to enhance digital and printed products. We use visual design cues to tell stories. Our approach derives an understanding of your business, identity, and creative strategy that engages your target audience with your product or service. We translating your creative ideas into workable concepts, crafting the client experience, building strong and lasting solutions. 
We have a very big dream. Very very big dream. Fahme, Joe, and Iya ni sebenarnya bukan calang-calang orang. Fahme, bakat dia tak tertumpu hanya pada photography semata. Dia berbakat sangat besar. Dia ada magic hands yang boleh hasilkan illustation, drawing, painting, graphics, web design yang gila hebat. Joe, memang berbakat besar dalam industri photography & videography ni. Otai. Mata dia nampak seni yang orang lain tak nampak. Joe banyak traveling to gain so much experiences. Idea dia mencurah-curah. Iya, seorang gadis muda yang hebat dalam segala macam artworks yang related to illustrations, graphics, painting. Jenis sangat passionate and detail bila menyiapkan artwork. Aku, seorang yang bercita-cita besar ingin menjadi crafter terkenal suatu hari nanti. Basically, selain minat terhadap craft works, aku boleh buat graphic design, digital painting/drawing, creating cute doodle characters, web design. And aku adalah seorang trainer.






Photo courtesy of VSCO Headquaters in Oakland  One of our benchmark and dream studio.

We agreed to name our studio as Droplet Studio. Kenapa 'Droplet'? Bagi sesiapa yang pengguna hardcore Adobe Photoshop, mesti akan sedar kewujudan fungsi 'droplet' ni di dalam Photoshop. To be exact, a droplet is essentially a small application — external to Photoshop — that is actually attached to the hip to Photoshop. A droplet is created, by you, from an action in your actions palette. Senang cerita, waktu sembang-sembang masa first meeting session dengan other team members, Fahme came out with this name and explained its function in Photoshop. Kami semua terus bersetuju dengan nama ni memandangkan ianya ada juga related dengan kerja yang kami buat. 

So, daripada gabungan keempat-empat orang ni, kami betul-betul mengharapkan sesuatu yang super hebat akan berlaku suatu hari nanti dalam industri dunia kreatif ni dengan kewujudan Droplet Studio. Banyak dah plan, banyak dah visi misi kami. Cumanya, kekangan masa dan komitmen masing-masing yang masih sedang cuba diatasi. InshaaAllah, kami akan muncul juga suatu hari nanti.

Wish us luck. Doakan cita-cita kami bakal berhasil.




Posted in | Leave comment

Percubaan Menghargai Diri Sendiri

Percaya atau tidak, aku ini sebenarnya jenis yang teramat sayangkan diri sendiri. Aku sangat menghargai diri aku sendiri. Aku terlampau suka cari keistimewaan diri aku sendiri. Pelik.

Mungkin akan ada yang perasan dan mula membuat spekulasi yang aku ini orangnya bercakap besar tentang diri sendiri atau jenis yang suka menunjuk kelebihan diri. Walhal aku sendiri percaya bahawa aku tidak berniat begitu. Bagi aku, aku lebih selesa menyebarkan segala positive vibes yang ada pada diri aku untuk disebarkan ke orang sekeliling. Salah satunya dengan menceritakan apa kejayaan atau pencapaian diri aku yang boleh aku beri sebagai contoh. Bermakna, aku berasa lebih dekat dengan setiap jalan cerita yang aku sampaikan sebab ianya berlaku pada diri aku sendiri. "Ambil contoh yang paling dekat", kata orang.


Aku juga sejenis yang kerap membelek-belek gambar-gambar di akaun Instagram aku sendiri. Scroll semua gambar-gambar yang lepas-lepas demi memuaskan hati sendiri. Terasa puas bila melihat kembali momen-momen yang aku cipta untuk diri aku, yang mana dikebanyakkan gambar-gambar itu hanyalah gambar-gambar yang memperlihatkan yang manis-manis dan yang baik-baik semata. Aku suka bercakap dengan diri sendiri - aku akan belek gambar diri aku, sentuh skrin (di bahagian muka aku, misalnya) dan bercakap pada 'Syuhada di masa lampau' dengan ayat-ayat seperti "Kasihan kau, Syuhada. Kau mesti sudah terlalu penat..." atau "Terima kasih, Syuhada di masa lampau. Kerana kau, aku jadi diri aku yang sekarang."

Nampak? Inilah cara aku menghargai diri aku, menyayangi diri aku, menghormati keistimewaan yang ada pada diri aku. Ibarat, kalau tidak ada Syuhada di masa lampau yang sudah bersusah-payah untuk hidup, tidak adalah Syuhada yang sekarang. Faham, kan?

Hahah. Abaikan.

*Oh ya, aku juga jenis yang kerap merindui diri sendiri :')

Leave comment

She's Come Undone

Begitu berat bebanan yang saban hari menghenyak hati gadis ini. Sehingga dia berasa sesak, tidak mampu bernafas. 

Rutin hariannya seperti orang biasa. Bangun di subuh hari, berjumpa Allah, bingkas mempersiapkan bekalan makanan untuk adiknya. Dibungkus nasi dan lauk buat adiknya serta sepasang sudu dan garfu, dia mencapai tisu yang dilipat dan di sisipkan ke dalam beg kertas berisi bekas makanan adiknya tadi. Air yang telah dimasak pula dituang ke dalam bekas minuman adiknya, disiap rapi sekali sama bekalan makanan itu. Bila ada lebihan lauk setelah itu, barulah dia akan mempersiapkan bekalan makanan untuknya pula. Lalu dia segera membersihkan diri dan bersiap. Setelah kemas selendangnya dipakai, dia akan mengejutkan adiknya yang berusia 17 tahun itu untuk bangkit dan bersiap ke tempat kerja. Manakala adiknya yang seorang lagi yang berusia 22 tahun, masih tidur dan akan bangkit sendiri kemudian untuk ke kampus. Oh, dia tidak lupa untuk kepilkan sekeping-dua nota wang berwarna merah siap-siap ke dalam dompet adiknya sebagai wang belanja.

Gadis ini segera keluar daripada rumah menuruni anak-anak tangga, dan berlari-lari anak mengejar bas, seperti yang dikebiasaan. Sudah jam delapan pagi. Bas tiba jam delapan lewat seperempat. Di dalam bas, seperti biasa dia memilih untuk duduk di kerusi tiga dari belakang, betul-betul di tepi tingkap cermin. Dia selesa duduk memerhati sesak-sesak kenderaan yang berebut-rebut mahu ke kantor. Baginya, situasi sebegitu mampu memberinya tenang. Gadis ini sangat gemar mencari tenang di dalam sesak. Ada juga di suatu masa yang dia akan terlelap sepanjang perjalanan di dalam bas dek keletihan minda dan jasad.

Bas berhenti di bus stop di sekitar Perumahan Gurney. Memerlukan dia untuk melangkah dan meredah lalu-lintas pula sebelum betul-betul tiba di kantor. "Ah, aku lambat lagi!" Sudah lebih jam setengah sembilan. Rutin kerjanya kemudian berjalan seperti biasa.

Beginilah gadis yang berusia 25 tahun ini memulakan hari-harinya. Demi mencari rezeki, demi meneruskan hidup. Demi menjaga kebajikan keluarganya. Belum lagi jika ingin diceritakan tentang di waktu malam, dia perlu mencari tambahan wang dengan perlu mengambil upah sebagai freelance graphic designer. Dan di waktu hujung minggu, dia perlu ke kampus menimba ilmu. Assignments dan tugasan projek kelasnya pula harus disiapkan mengikut masa-masa yang telah diberi (kadang-kadang dia curi-curi menyiapkan assignments ketika di dalam kantor). Jika dilihat, sebenarnya sudah begitu banyak tanggungjawabnya, sudah begitu berat tanggungannya di usia sebegitu muda. Sehingga dia seolah sudah tidak tertanggung lagi. 

Dalam pada itu, sahabat-sahabatnya sungguh kerap memuji dia. Kata mereka, gadis ini dalam pada lembut, ada hati keringnya sendiri. Sangat tabah. Teliti. Pandai menjaga adik-adiknya. Bersikap protektif terhadap keluarganya yang jauh. Keperibadiannya dianggap berbeza daripada orang-orang lain. "Istimewa", kata mereka. Punya sesuatu yang lebih yang tidak ada pada sesiapa. "Indescribable," tambahan teman yang seorang lagi. Teman lamanya juga mengklasifikasikan dia sebagai gadis yang hebat, kerana mampu mengharungi segalanya sendirian. Dan beberapa kali juga dia dengar teman yang lain berpendapat yang dirinya ini matang lebih daripada usia. Kematangannya diukur dengan cara tutur katanya, pemakaiannya, juga cara dia berfikir. Namun, disebalik segala yang indah-indah yang diperkata mereka, punya sisi yang tidak ternampak oleh orang lain. Bak kata teman sekelasnya, "Ada different side yang orang tak nampak... Ada sisi lain yang kamu tidak tunjuk..."

Sesuai dengan sikapnya yang bijak menyorok pahit, bijak mempurakan sedih, bijak menyimpan beban yang dibebaninya... Gadis ini tidak terbiasa untuk meluahkan rasa hati. Mungkin jika ada yang tahu atau diberitahu tentang masalah yang dihadapinya sekalipun, yang sebenarnya masih berbaki lagi masalah yang lain yang tidak dia ceritakan. Pasti dia masih mahu sorok-sorok dan tidak mahu sekalian orang tahu jalan cerita yang sebenar-benar. She keeps it all to herself. Justeru, hanya kepada Allah juga dipengakhirannya dia mengadu, teresak-esak malu meminta dibantu.

Sekuat-kuat dia seperti yang teman-temannya lihat, dia, sebenarnya sedang menggalas bermacam beban. Saban malam dia tidak mampu tidur dengan nyenyak. Terlampau banyak hal yang difikirkannya, didesak-desak ke dalam mindanya yang sedang tidur. Sehingga di suatu masa dia hampir mahu jatuh, "Seolah mahu lelap tidak mampu berbuat apa..." Apatah lagi apabila pada malam itu, dia menerima panggilan daripada ayahnya yang di kampung. Sayu. "Kakak okay?" tanya ayah. "Kakak okay, ayah..." Segera dia tahan nada suaranya yang hampir teresak-esak itu. Usai telefon dihentikan, air matanya mengalir. Dia padam lampu kamar tidurnya supaya adiknya tidak terperasankan yang kakaknya yang kuat itu sedang lagi menangis kerapuhan.

Hati dia rapuh, tetapi ditidakkan dia. Kerana dia perlu terus berpura kuat, dia perlu menjadi kuat, dia harus pasti kuat. Kerana di lewat hari-hari, dia perlu ada buat bunda, ayah, abang, adik-adiknya, serta teman-temannya. Apa lagi yang dia bisa berbuat jika dia tidak berlagak kuat?

Gadis itu memandang ke sisi cermin, dia berbicara pada bayangnya, "Kau kuat, Syuhada. Kau kuat."


Oktober 2015
"She's Come Undone"


Leave comment

Kahwin Lari

Ustaz cakap, lepas kahwin akan bertambah murah rezeki.
Buatkan aku rasa nak randomly tepuk bahu mana-mana lelaki, dan cakap, Weh, jom, kahwin lari.




Leave comment

Cari

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.