Archive for December 2015

Siapa aku 5 dan 10 tahun akan datang?

Sempena beberapa hari yang kita bakal melangkah masuk ke tahun 2016, aku malas nak senaraikan azam tahun baru. Tapi aku nak senaraikan -  Siapa aku 5 dan 10 tahun akan datang, dan random facts pasal aku.

Siapa aku 5 tahun akan datang?
5 tahun akan datang bermakna umur aku mencecah 30 tahun. Maka, secara generalnya, aku picture diri aku telahpun :
  1. Bergelar graduan kelas pertama Bachelor in Computer Science (Graphics & Multimedia Software)
    Sejak dulu lagi, aku memang teringin nak jadi budak-budak Software Engineering. Tapi, at last, aku decided untuk ambil course yang lebih terfokus kepada software yang related to Graphics & Multimedia. Still, it is a software-related course. Some might confused yang aku ni study Graphics & Multimedia (pakai Photoshop and things). Tidak. Aku study pasal how to build/develop a Graphics & Multimedia software. So, basically, aku study the programming of that software. Bukan belajar Graphics Design atau Multimedia (masa diploma dulu, yes, aku study Multimedia). Dan aku harap aku graduate sebagai graduan kelas pertama dengan CGPA 3.60 above, berserta sekurang-kurangnya satu anugerah khas untuk aku. InshaaAllah.
  2. Berkeluarga
    Sudah pun bergelar isteri kepada seseorang yang aku sayang dan yang bangga menjadikan aku sebagai isterinya. Bangga kerana siapa aku yang sekarang, dan siapa aku di masa hadapan. Yang yakin bahawa aku bakal menjadi tulang belakang dan tulang rusuk dia sepanjang hayat. Yang yakin bahawa aku bakal menjadi isteri yang berdikari yang tahu untuk tidak membebankan suami. Yang ingin hidup sama-sama aku susah senang dan mampu menerima serta sayang keluarga aku seperti dia sayangkan keluarganya. Oh, mungkin pada waktu ini aku sudah mempunyai seorang anak?
  3. Semakin dikenali orang dengan profession, bakat, kemahiran, dan kegigihan yang aku ada
    Aku ingin dikenali ramai atas profession, bakat, kemahiran serta kegigihan aku sendiri. Misalnya, aku nak orang-orang tahu yang aku adalah seorang Assistant Programmer pada waktu siang, dan seorang Freelance Designer pada waktu malam, seorang Multimedia trainer, seorang graduan kelas pertama Bachelor in Computer Science, a crafter and a doodler at heart, a blogger at times, and a traveler by chance. Semua ini adalah kebanggaan aku buat masa ini. Aku harap, 5 tahun akan datang, aku masih berbangga dengan siapa yang aku telah jadi sekarang ni.
Basically, ini saja yang terlintas dalam fikiran aku tentang siapa aku 5 tahun akan datang.
Siapa aku 10 tahun akan datang? Dan apa random facts pasal aku? Okay, to be continued lah ya. Sebab aku tak berapa sihat ni. Selesema, bersin teruk. Tekak & mata pun dah panas ni.


Selamat malam, buat hati-hati yang masih mencari-cari.



Leave comment

Tenang yang Engkau Beri

Malam ini, terasa sayu di bila aku ingin meninggalkan naskhah kecil ini. Terasa benar-benar sayu di sedang aku mahu menghentikan bacaan di baris akhir mukasurat yang entah ke berapa ini. Sayu. Aku cium-cium naskhah milik Allah ini bertalu-talu. Aku kejapkan mata, dan aku peluk naskhah ini sesungguh-sungguhnya untuk beberapa minit. Aku cium lagi sambil aku bisikkan, "Kita jumpa lagi esok. InshaaAllah ya, kita jumpa lagi esok..." Air mata bergenang. Sayu kali ini seolah aku tidak bakal berjumpa dengannya lagi esok untuk membaca dan mengalunkan bait-bait indah punya Allah yang tercatat di dalamnya.

Dan aku belainya seolah menenangkannya. Lalu aku letakkannya di atas kabinet kayu itu.

Sayu yang cukup indah. Dan rasa rindu yang cukup indah.

Saban hari aku mencari jawapan, "Siapa aku?" "Siapa aku? dan "Siapa aku?" Dan di ketika aku hanyut, hati semakin gelisah. Bermacam beban aku simpan sehingga terasa begitu berat.

Pernah sehinggakan aku mempersoalkan tentang mengapa Allah menguji aku sebegini rupa sedangkan aku sering berbuat yang lebih baik? Di sekejapan itu juga aku tersentap, yang Allah sebenarnya rindukan aku. Maka, Allah uji aku supaya aku datang dekat kepada-Nya.

Suatu hari, aku nekad untuk mengubah cara hidup aku yang bagi aku cukup melalaikan. Aku tinggalkan sesuatu untuk sesuatu. Nekad kali ini mahu mendekatkan hati lebih lagi kepada Maha Pencipta, dan Rasulullah. Maka aku mulakan sedikit-sedikit amalan yang ringan-ringan sehingga menjadi kebiasaan. Kalau sebelum ini aku solat, tetapi tidak disertakan dengan perbuatan sunat yang lainnya, aku perbaiki. Zikir-zikir, selawat, dan membaca al-Quran sekurang-kurangnya satu mukasurat setiap hari. Dan berpuasa sunat. Alhamdulillah. Tenang yang aku cari semakin hari semakin aku peroleh. Dan justeru, sedikit-sedikit juga Allah telah datangkan rezeki kepada aku, berperingkat-peringkat. Kalau hari ini masalah muncul, di keesokkannya Allah beri jalan penyelesaiannya. Hati semakin terasa lapang. Walau aku tahu masih ada celanya di sini-sana, masih bercompang-camping amalan, masih goyah hati bila digoda nafsu dan anasir negatif. Namun, aku tetap cuba.

Dan perkara paling indah adalah apabila aku kerap berasa rindu pada Allah, Rasulullah, dan naskhah al-Quran itu.

Tak tergambar. Tenang yang Engkau beri.


Leave comment

Cari

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.